Sunday, 6 November 2011

Kajian Tempatan Tahun 4 - Jenis Rumah Di Malaysia

A) RUMAH DI MALAYSIA


1. Rumah di Malaysia boleh di bahagi kepada rumah tradisional dan rumah moden.


2. Rumah tradisional merupakan rumah yang masih mengekalkan ciri--ciri reka bentuk rumah masyarakat dahulu


3. Kebanyakan rumah tradisional terdapat di luar bandar dan lazimnya di bina daripada kayu.


4. Contoh-contoh rumah tradisional adalah seperti berikut:


Rumah Melaka




Rumah Minangkabau




Rumah Limas


Rumah Kutai


Rumah Bagan


Rumah Panjang


5. Rumah moden merupakan rumah yang dibina mengikut perkembangan semasa.


6. Kebanyakan rumah moden terdapat di bandar dan bahan binaan utamanya ialah batu dan simen.


7. Contoh-contoh rumah moden adalah seperti berikut:




Rumah Teres


Rumah Berkembar




Rumah Banglo




Kondominium




Rumah Pangsa




8. Biasanya rumah tradisional  dibina daripada atap zink, tiang kayu, tangga kayu, tingkap kayu, dinding papan dan lantai papan.


9. Rumah moden lazimnya dibina daripada atap genting, tiang batu, dinding batu, lantai simen atau seramik, tingkap kaca dan sebagainya.


10. Rumah yang selesa biasanya mempunyai ruang yang banyak dan dibina daripada bahan binaan yang berkualiti.


11. Pelan ruang moden adalah seperti berikut :